>
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Monday, October 29, 2012

cita cita besar seperti......

ok aku sambung sepertii....... PERUT aku. ngaaaa ;D

lepas hupdate macam macam resepi kek, aku kan tetiba ada cita cita nak buka kedai kek macam Secret Recipe tu. asal orang melayu tak boleh nak berjaya macam dyeorang? mudah mudahan, tercapai laa cita-cita aku. aminnn.

bukan tu je, aku ni perasan nak buka butik pengantin. tak salah kan nak berangan? asalkan ada usahah nak berjaya. INSYAALLAH. :) mudah mudahan tak sia sia lah aku punya dip tu. insyaallah akan sambung untuk degree kelak. 

RESEPI | Kek Karamel Pelangi

KEK KARAMEL PELANGI

Bahan-bahan :

GULA HANGUS
 2 @ 4 sudu besar gula kasar
Masak atas api hingga gula mencair dan biarkan seketika.

BAHAGIAN ATAS  ( KARAMEL )
1/2 tin ( 1 cawan ) susu cair 
70 gm gula castor
1/2 tsp esen vanilla
3 kuning telur
kacau hingga sebati dengan perlahan

#tsp- teaspoon

LAPISAN KEK ( A )
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 gm / ml air
1 sudu teh baking powder ( sudu kfc )
50 ml minyak  jagung
Putar kuning telur, air, gula dan minyak hingga kembang
Masukkan tepung yang di campur baking powder. Kacau sehingga sebati.

MERINGUE  ( B )
6 telur putih ( jangan ada  walaupun setitik kuning telur @ setitk air pun ) nanti meringue tak jadik
70 gm gula castor
1 tsp krim of tar tar
Putar hingga adunan menjadi kental dan tak jatuh jika di terbalikkan.

* CAMPURKAN A DAN B DENGAN KAEDAH KAUP BALIK

Cara-cara :
1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi
2. Masukkan adunan kek yang telah di warnakan dan dan diperisa kan ( adunan takkan tenggelam dalam karamel )
3. Panas kan oven selama 10 minit
4. Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ( bakar kaedah steambake untuk mengelakkan karamelnye hangus )
5. 45 minit pertama bakar guna api bawah sahaja dan 15 minit lagi api atas dan bawah
6. Bila kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinya dari loyang.
7. Terbalikkan kek perlahan lahan 


RESEPI | Kek Red Velvet

ok, sekarang nak share resepi Red Velvet Cake pulok. tapi bahan-bahannya agak banyak. biar banyak asal sedap. nyummm nyumm.

Red Velvet Cake
Kek Red Velvet

Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder

*tsp-teaspoon

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah

Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C -

113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D -

1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting.

227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream

Cara-cara :

1. Pukul butter selama dua atau tiga minit. 
    #Sebaiknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. 

2. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih. 

3. Masukkan telur satu persatu. Selangkan 2 minit untuk telur seterusnya.

4. Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.

Bahagian yang penting.

5. Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan. 

6. Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.

7. Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci sebanyak dua bekas. Kalau takda bekas 9 inci pun tak apa. Guna aje loyang yang ada. Kalau loyang besar, gunakan satu. Nanti anda kena memberanikan diri untuk memotong kek kepada dua atau tiga lapisan.

8. Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius. 

9. Biarkan kek tu sejuk dan sekarang langkah-langkah untuk membuat topping cream  
    cheese.

Cara-cara membuat Topping Cream Cheese.

#Sebaiknya dedahkan cream cheese pada suhu bilik untuk memudahkan kerja bila nak pukul nanti. 

1. Pukul cream cheese dengan mascarpone sehingga keduanya kembang. Agak-agak dalam 
    5 minit. 

2. Kemudian tambahkan esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sampai sebati.

3. Lastly masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.

#Sekiranya adunan kelihatan cair. Boleh masukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan kerja-kerja menghias.

Cara-cara menghias Topping Cream Cheese.

Kaedah dua lapisan. 

1. Letakkan lapisan di atas menghadap ke bawah.

2. Sapukan cream cheese mengikut citarasa anda. 

3. Letakkan lapisan kedua yang mana bahagian bawah menghadap di atas. Supaya nanti bahagian atas rata tidak membumbung. 

4. Sila tuang dengan penuh kesabaran bila mula menghias bahagian atas. 

5. Dah siap semua. Terus masukkan dalam peti ais.

6. Sebaiknya biarkan semalaman dan boleh dihidangkan serta NGAPPPPPP. hehe


Tuesday, October 23, 2012

Afizah Binti Subhi.
Sg. Petani, Kedah.
Do follow my Twitter 
 

Cat is KUCING | Part 2

Assalamualaikum :)

OK, sekarang nak proceed story pasal kucing aku yang lain, actually dua ekor ni adalah 'kembar'. kembar la konon, ahaha. noop. adik beradik je, asal daripada si TOMPOK, kucing yang aku cerita masa Part 1. sama tapi tak serupa, dua ekor ni amek tompok sekor sikit daripada si ibu. 
sebenarnya, kami 1 family tak sangka langsung yang si TOMPOK tu bunting, sebab perut dia memang dari dulu lagi muncit. haha.

first time aku ada pengalaman tengok kucing delivered. wakakka. punya la menyeksa aku tengok! malam sebelum si TOMPOK delivered tu, dia jadi tersangat lah resah,siap bunyik bunyik lagi kat tingkap bilik aku dari luar sebab nak masuk, time tu aku rasa tak sedap hati, tapi kakak aku kata takda apa, so aku pon buat tak taw je lah. pagi tu sebelum lepas subuh, dia datang sambung tidur dekat sebelah aku, atasa katil. etibe je aku rasa basah, mak aiiii, air ketuban pecah!! aku cepat cepat report kat mak aku memandangkan mak aku tu bidan, tapi mak aku bidan manusia laaahhh! haha. takpe, tukar bidang kejap :p
so, kiteorang siapkan tempat untuk si TOMPOK delivered, die ke hulu ke hilir takleh nak duduk, last last die pergi bilik adik aku. amekkk kau. 

masa baru lahir 


dah macam hamster kan?

dyeorang ni spesies kucing yang special sebab ada jari lebih kalau korang nampak la gambar yang atas ni..aku panggil dia NONEN :p comel kan nama dia? bhahahaha

alolo, comel je. nama saya MOMOT.

si MOMOT ni aku paling sayang. sebab aktif, sangat sangat buas! aummmm. kalau main cakar cakar sangat bisa sebab jari lebih. ngaaaa :p


dyeorang memnag suka belit belit. sejuk mungkin.

aku plak suka bawak lari dyeorang ni dari si ibu, pastu si ibu tu pon terkedek kedek datang bawak anak dia. haahaha. so cute!

teknik penyamaran :p


\
comel kan? keje aku la ni, buat mereka nampak lebih comel. haha

tak larat gila nak jaga dyeorang ni! sangat buas terutama yang si MOMOT tu.

dia pon nak online.

hepp, jangan bergerak.

aku paling suka tengok aksi aksi dyeorang tidur, dah macam macam pesen, haha.

dyeorang memang suke manja manja ni ;p

mimpi ape la MOMOT?





dah macam gaya tidur maknye.

hebat! nak tidur kat bantal jugak!

sy tak salah :p




tapi malangnya yang si NONEN tu mati. :'( sobsobsob. mungkin sebab kena racun. sedih sangat bila kita kehilangan kucing. aku nangis sampai bengkak mata k.

dann yang si hitam a.k.a MOMOT terpaksa di hantar ke tempat lain sebab terlalu buas. mungkin ayah aku tak tahan nak jaga. aku menangis lagi :'(

sekiannnn..... *nak feeling kejap, huwaaaaaa.


Cat is KUCING | Part 1

Assalamualaikum to you olsss.
okeng, harini aku nak cerita pasal semua kucing kucing aku. dan tetiba ja rasa macam mustahil nak certita dalam masa satu hari, dan mungkin akan bersambung sambung. ok jap nak tukar tajuk entry.

Done!
asal kau dari rumah kawan adik aku, adik aku ambil sebab nak bela sangat kucing, mulanya family aku tak berapa nak terima kau, tapi sebab kau pandai amek hati family aku, so yOU ARE ACCEPTED :p

kau adalah kucing pertama yang aku bela. just a really kampung cats. Namanya TOMPOK.

nahhh, baik punya posing ;p
comel kat perutnya. bila jalan bergerak gerak plak perut dia. haha.

ok proceed, nak tahu sebab apa aku kata she is really a kampung cats? sebab dia ni macam perak sikit laa. kalau ada kucing lain datang kat rumah aku, mesti marah marah punya, siap main kejar kejar lagi kucing kucing lain tu sebab nak halau. kuikuikui. dah macam guard la kau.

orang nak tengok TB boleh pulak dia membebel depan tB tu. kalau kecit takpe gak. MOKKK


and one more thing dia tak suka kat orang yang dia tak kenal. siap siap la kena cakar.

tabiatnya suka poops dalam toilet rumah aku, sangat pandai :) sebab tu ayah aku sangat sayangkan kau. aku ingat lagi masa first time kau sampai rumah ni, kau kencing dalam bilik aku, aku nampak kau,aku jerit marah kat kau, dan lepas peristiwa tu la kau mula berjinak jinak dengan toilet, ngaaaa ;p

perasan diri tu BABY

selalunya kucing tangkap tikus, tp dia asyik tangkap lipas ja. lepas aku bebel bebel kat kau, kau mula berjinak jinak tangkap tikus, pastu bawak balik plak tunjuk kat aku bangkai tikus tu, betuah punya kucing.

tapi sayang nya kau hilang masa 2 hari sebelum nak raya kat rumah bapak saudara aku. sedihnye. 

Monday, October 22, 2012

kucing ohh meowww.

berbaloikah  kalau jari jemari aku menaip tentang kucing kucing ku yang pernah aku bela di dalam belog ini??*poyosss. kisah pulak berbaloi ke tak, suka hati aku laa, blog aku, orang tak pernah kisah pulak kan? wakakakak

Sunday, October 21, 2012

DONE!

okkkkk. dah siap mengedit belog. tp esok sambung lagi. kite nak tukar header. insyaallah boleh mencari rezeki dengan belog yang tak seberapa ni :)

NEKAD.

haluuuu. 

aku memang dah nekad giler nak jadi blogger tegar lepas ni. dannnn aku rasa dah banyak kali jugak lah aku cakap aku nak jadi blogger tegar. kahkahkah. Super S!! support me plizzzz. *sambil buat muka comel. ^^,