>

Thursday, August 6, 2015

Sahabat ke?

faham ke kau maksud SAHABAT tu?

warghhh. sedih aku bila orang tanya mana kawan kau? aku ni tak layak ka nak berkawan. disebabkan selalu mengutamakan perasaan orang, jadi lah aku sebegini. aku ni keperluan di saat orang lain susah ja. malas cakap banyak. ditanya pada aku kenapa menghilang? takda jawapan.

padahal memang aku sengaja menghilangkan diri. nak tengok penting mana aku pada diorang. kesimpulannya hampeh. 

Tragedi Sebelum Raya

15 July 2015

Dua hari satu malam sebelum raya. semua sibuk kemas keperluan untuk balik kampung. aku je macam malas sikit nak kemas kemas. tapi rasanya bukan tahun ni je aku malas. tahun tahun sebelum ni pon malas yang sama jugak. cuma kali ni aku banyak pesan kat semua orang la, tak payah bawak barang yang berat berat, nanti kereta jadi makin berat.

6.30 pm
kami dua kereta bertolak. tapi ayah cakap macam tak sempat nak sampai juru. so ayah ajak abang berbuka kat hentian Tikam Batu ja. ibu dah memang sediakan bekalan untuk kami sekeluarga. usai solat maghrib, kami sambung perjalanan.

malam sikit singgah RnR, ayah nak makan nasi plak. ibu jugak dah siapkan bekalan. semua makan bertambah. berselera sungguh.

11.00 pm
entah kenapa rasa semacam, dalam fikiran asyik terbayang benda yang tak baik. terlintas dalam hati, macam mana ek kalau kat highway ni tiba tiba ada kereta berhenti sebelah kanan, kot kot rosak, masa tu pulak orang tengah speed, lane kanan kan. Astaghfirullahhalazim.

11.15 pm
aku sibuk belek henset, ibu tidur, kakak tengok jalan macam biasa. ayah speed potong wira abang. aku agak mungkin ayah nak jalan dulu. ayah di lorong kanan nak memotong, abang aku pulak tak ikut belakang, sedar sedar je ayah dah break mengejut, bunyi tayar jangan cakap la.aku angkat kepala, dalam kepala hanya teringat Allah Allah Allah Ya Allah, Astaghfirullahhalazim. baaaaannnggggggg. Ya Allah. berhambur air mata aku terkejut tak terkata. first aku check keadaan ibu dengan ayah. sebab diorang duduk depan. ibu masih terpinga pinga sambil mulut beristighfar tak henti henti. Alhamdulillah kami semua selamat. aku pulak tiba tiba tak dapat nak bernafas dengan baik, kalau cemas memang aku selalu jadi macam ni. ibu suruh aku mengucap. kami tersadai di tengah jalan di lane kanan. nak keluar tak berani. tau tau je polis dah ada kat belakang kami. kami keluar dari kereta atas bantuan polis tersebut. bila tengok keadaan kereta, bertambah kuat lagi la aku menangis.


semuanya berpunca dari kereta pajero yang berhenti tengah jalan. bukan rosak. tapi pemandu sengaja berhentikan kereta. tambah dia off engine kereta plus matikan lampu kereta. sapa nak nampak? malam weh. dikatakan pemandu tu dah nyanyuk. alasan dia berhenti sebab nak u turn. ada ka patut kat highway nak u turn.

sepatutnya ada tiga kereta terlibat. kami kereta yang ke tiga. kereta yang ke dua adalah myvi, cuba mengelak. tapi tak sempat. begitu jugak ayah.


tengok keadaan kereta memang sedih. habis mood nak balik beraya kat kampung. yang selebihnya aku tak tahu. aku kena teman ibu ke hospital. naik la ambulans kali ke dua. sepanjang perjalanan ke hospital tapah aku menangis ja sambil genggam tangan ibu. tak tahan sendu. Alhamdulillah ujian x-ray ibu tak ada yang membimbangkan.

yang paling penting semua selamat. kami tetap pulang beraya di Johor atas bantuan sepupu.