>

Thursday, August 6, 2015

Sahabat ke?

faham ke kau maksud SAHABAT tu?

warghhh. sedih aku bila orang tanya mana kawan kau? aku ni tak layak ka nak berkawan. disebabkan selalu mengutamakan perasaan orang, jadi lah aku sebegini. aku ni keperluan di saat orang lain susah ja. malas cakap banyak. ditanya pada aku kenapa menghilang? takda jawapan.

padahal memang aku sengaja menghilangkan diri. nak tengok penting mana aku pada diorang. kesimpulannya hampeh. 

Tragedi Sebelum Raya

15 July 2015

Dua hari satu malam sebelum raya. semua sibuk kemas keperluan untuk balik kampung. aku je macam malas sikit nak kemas kemas. tapi rasanya bukan tahun ni je aku malas. tahun tahun sebelum ni pon malas yang sama jugak. cuma kali ni aku banyak pesan kat semua orang la, tak payah bawak barang yang berat berat, nanti kereta jadi makin berat.

6.30 pm
kami dua kereta bertolak. tapi ayah cakap macam tak sempat nak sampai juru. so ayah ajak abang berbuka kat hentian Tikam Batu ja. ibu dah memang sediakan bekalan untuk kami sekeluarga. usai solat maghrib, kami sambung perjalanan.

malam sikit singgah RnR, ayah nak makan nasi plak. ibu jugak dah siapkan bekalan. semua makan bertambah. berselera sungguh.

11.00 pm
entah kenapa rasa semacam, dalam fikiran asyik terbayang benda yang tak baik. terlintas dalam hati, macam mana ek kalau kat highway ni tiba tiba ada kereta berhenti sebelah kanan, kot kot rosak, masa tu pulak orang tengah speed, lane kanan kan. Astaghfirullahhalazim.

11.15 pm
aku sibuk belek henset, ibu tidur, kakak tengok jalan macam biasa. ayah speed potong wira abang. aku agak mungkin ayah nak jalan dulu. ayah di lorong kanan nak memotong, abang aku pulak tak ikut belakang, sedar sedar je ayah dah break mengejut, bunyi tayar jangan cakap la.aku angkat kepala, dalam kepala hanya teringat Allah Allah Allah Ya Allah, Astaghfirullahhalazim. baaaaannnggggggg. Ya Allah. berhambur air mata aku terkejut tak terkata. first aku check keadaan ibu dengan ayah. sebab diorang duduk depan. ibu masih terpinga pinga sambil mulut beristighfar tak henti henti. Alhamdulillah kami semua selamat. aku pulak tiba tiba tak dapat nak bernafas dengan baik, kalau cemas memang aku selalu jadi macam ni. ibu suruh aku mengucap. kami tersadai di tengah jalan di lane kanan. nak keluar tak berani. tau tau je polis dah ada kat belakang kami. kami keluar dari kereta atas bantuan polis tersebut. bila tengok keadaan kereta, bertambah kuat lagi la aku menangis.


semuanya berpunca dari kereta pajero yang berhenti tengah jalan. bukan rosak. tapi pemandu sengaja berhentikan kereta. tambah dia off engine kereta plus matikan lampu kereta. sapa nak nampak? malam weh. dikatakan pemandu tu dah nyanyuk. alasan dia berhenti sebab nak u turn. ada ka patut kat highway nak u turn.

sepatutnya ada tiga kereta terlibat. kami kereta yang ke tiga. kereta yang ke dua adalah myvi, cuba mengelak. tapi tak sempat. begitu jugak ayah.


tengok keadaan kereta memang sedih. habis mood nak balik beraya kat kampung. yang selebihnya aku tak tahu. aku kena teman ibu ke hospital. naik la ambulans kali ke dua. sepanjang perjalanan ke hospital tapah aku menangis ja sambil genggam tangan ibu. tak tahan sendu. Alhamdulillah ujian x-ray ibu tak ada yang membimbangkan.

yang paling penting semua selamat. kami tetap pulang beraya di Johor atas bantuan sepupu.


Thursday, April 10, 2014

Cara membantu kucing tercekik tulang

Bismillahhirrahmanirrahim..

Nak dijadikan cerita, pagi tadi tengah nak sidai baju, nampak la si comel kucing aku ni nak muntah tapi tak keluar. Aku syak dia tercekik tulang. Aku kesian dan tak sanggup nak tengok, aku pun tolong urut urut leher dia sikit. Tak jadi apa....

Lepas tu aku teringat seorang sahabat pernah bagitahu, kalau kucing tercekik tulang, guna salah satu kaki depan dia, urut leher dia. Dengan lafaz Bismillah serta selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W., aku ambik kaki kanan dia, urut leher dia, kejap je urut dlm dua tiga kali terus dia muntahkan tulang ikan. Alhamdulillah. Rasa bersyukur sangat. Kesian tengok kucing tercekik, even benda tu biasa pada diorang.

Tuesday, April 1, 2014

Rindu rinduan.

Okay. Post ni macam nak sedih sikit je. Sedih nanti takut dah tak jumpe geng2 KBM 111 batch 2011 ni. T_T

Friday, February 1, 2013

Teater Mandarin!

ASSALAMUALAIKUM!!

hola holaaaaa. Afi in da house. 

first of all, nak ucap tahniah kepada KBM1114A ! sebab dapat naib johan semalam masa teater mandarin. rasa seronok tak terhingga semalam. 


sampai terlompat lompat aku. dapat nombor 2 pun jadi la. saje bagi peluang untuk kelas lain jadi JOHAN. katanyaaaa, hahaha. sebab last semester memang kelas aku dapat johan untuk dikir barat.  and aku salah seorang pendikir barat. pon bolehhh. hahaa


nak jugak! ahah

cepat cepat pilih yang mana berkenan di hati. hehe.
dayah | jie | intan | nisa | dekja

pelajar sekolah.

ok, actually, budak kelas aku buat cerita pasal Fei Mao. alaahhh, dulu memang popular la time sekolah. cerita ni mengisahkan seorang lelaki ni yang ada penyakit, and badan  dia akan terinjut injut setiap masa. haha. Hasbullah melakonkan watak Fei Mao andddddd dia berjaya menambat hati juri! Pak Lah dapat pelakon terbaik untuk teater semalam! congrats Pak Lah. semua tu kena shareeeeeee satu kelas nah. haha.

banyak nya bintang.

blink blink gitu. hehe

pengawas yang kecik.

banner yang digunakan dua semester berturut turut!
JIMAT!

Model model antarabangsa. hihi
*kanan sekali juara. katanyaaaa. :p

Astaghfirullah. apa lah nik dengan azrul buat tu. haha.
sumbang! siap menari lagi. ok AUTA :p
*ehemmm. siap nampak lagi couple yang tengah hot bercintun belakang tu. ada 3 couple la 1 gambaq! hahaa

the best pixca ever. korang terbaik!!!
ehemm, budak kelas lain pon tetiba menyibuk. nevermind :D chill
*yang sebelah pait (berbaju putih belakang) tu member aku masa sekolah dulu. Harith Qaedi namanya. and yang baju merah belakang sekali tu aku tak kenal. tetiba ja. haha.

kanak kanak riang! haha.

aku suka sangat, bila aku ambil gambaq masa performance budak kelas aku kat depan, aku dengaq budak kelas lain puji "cute la diaorang ni". tahu pon. budak kelas KBM 111 4A memang shomellllllllll! admit je. haha.

XOXO. PUBLISH!

Friday, January 25, 2013

Hukum Cinta - Bony

ASSALAMUALAIKUM...

wah wahhh wahhhh. terharu rasanya. terima kasih pada yang beri respon pasal tajuk lagu tu. aku cari dari tahun 2011 start dari entry ni. tak pernah pernah aku jumpa. lagu ni dah lama kenapa sekarang baru popular? whatever. asalkan aku dah jumpaaa.. yeyyyy! seronokkkkkkk.


malangnya tak dapat cari lirik. so lepas ni boleh dengar selalu laa.
and one more thing, aku tak tahu pulak lagu ni adalah lagu tema cerita Kahwin 5. sebab aku tak tengok pon.
ngeeeee.

p/s : pada seorang gurls yang mintak tolong afi dalam chatbox haritu. maafkan saya. afi tahu lirik lagu je, tapi tak tahu tajuk. nahhhh, sekarang ada orang tolong, terima lah >.< :p