>

Thursday, April 10, 2014

Cara membantu kucing tercekik tulang

Bismillahhirrahmanirrahim..

Nak dijadikan cerita, pagi tadi tengah nak sidai baju, nampak la si comel kucing aku ni nak muntah tapi tak keluar. Aku syak dia tercekik tulang. Aku kesian dan tak sanggup nak tengok, aku pun tolong urut urut leher dia sikit. Tak jadi apa....

Lepas tu aku teringat seorang sahabat pernah bagitahu, kalau kucing tercekik tulang, guna salah satu kaki depan dia, urut leher dia. Dengan lafaz Bismillah serta selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W., aku ambik kaki kanan dia, urut leher dia, kejap je urut dlm dua tiga kali terus dia muntahkan tulang ikan. Alhamdulillah. Rasa bersyukur sangat. Kesian tengok kucing tercekik, even benda tu biasa pada diorang.

2 comments: