>
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Sunday, November 27, 2011

RESEPI | ayam masak merah.

my first post pasal makanan / resepi.
sebenarnya saja nak kongsi masakan / makanan feveret i n si dia :)

Bahan-bahan 

  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit
  •  Bahan-bahan kisar 
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato
  •  Bahan Hias
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya

Cara-cara

  1. Bersihkan ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.
  5. Sedia untuk dihidangkan ^^,