>

Tuesday, October 23, 2012

Cat is KUCING | Part 1

Assalamualaikum to you olsss.
okeng, harini aku nak cerita pasal semua kucing kucing aku. dan tetiba ja rasa macam mustahil nak certita dalam masa satu hari, dan mungkin akan bersambung sambung. ok jap nak tukar tajuk entry.

Done!
asal kau dari rumah kawan adik aku, adik aku ambil sebab nak bela sangat kucing, mulanya family aku tak berapa nak terima kau, tapi sebab kau pandai amek hati family aku, so yOU ARE ACCEPTED :p

kau adalah kucing pertama yang aku bela. just a really kampung cats. Namanya TOMPOK.

nahhh, baik punya posing ;p
comel kat perutnya. bila jalan bergerak gerak plak perut dia. haha.

ok proceed, nak tahu sebab apa aku kata she is really a kampung cats? sebab dia ni macam perak sikit laa. kalau ada kucing lain datang kat rumah aku, mesti marah marah punya, siap main kejar kejar lagi kucing kucing lain tu sebab nak halau. kuikuikui. dah macam guard la kau.

orang nak tengok TB boleh pulak dia membebel depan tB tu. kalau kecit takpe gak. MOKKK


and one more thing dia tak suka kat orang yang dia tak kenal. siap siap la kena cakar.

tabiatnya suka poops dalam toilet rumah aku, sangat pandai :) sebab tu ayah aku sangat sayangkan kau. aku ingat lagi masa first time kau sampai rumah ni, kau kencing dalam bilik aku, aku nampak kau,aku jerit marah kat kau, dan lepas peristiwa tu la kau mula berjinak jinak dengan toilet, ngaaaa ;p

perasan diri tu BABY

selalunya kucing tangkap tikus, tp dia asyik tangkap lipas ja. lepas aku bebel bebel kat kau, kau mula berjinak jinak tangkap tikus, pastu bawak balik plak tunjuk kat aku bangkai tikus tu, betuah punya kucing.

tapi sayang nya kau hilang masa 2 hari sebelum nak raya kat rumah bapak saudara aku. sedihnye.