>
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Monday, October 29, 2012

RESEPI | Kek Red Velvet

ok, sekarang nak share resepi Red Velvet Cake pulok. tapi bahan-bahannya agak banyak. biar banyak asal sedap. nyummm nyumm.

Red Velvet Cake
Kek Red Velvet

Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder

*tsp-teaspoon

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah

Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C -

113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D -

1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting.

227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream

Cara-cara :

1. Pukul butter selama dua atau tiga minit. 
    #Sebaiknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. 

2. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih. 

3. Masukkan telur satu persatu. Selangkan 2 minit untuk telur seterusnya.

4. Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.

Bahagian yang penting.

5. Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan. 

6. Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.

7. Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci sebanyak dua bekas. Kalau takda bekas 9 inci pun tak apa. Guna aje loyang yang ada. Kalau loyang besar, gunakan satu. Nanti anda kena memberanikan diri untuk memotong kek kepada dua atau tiga lapisan.

8. Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius. 

9. Biarkan kek tu sejuk dan sekarang langkah-langkah untuk membuat topping cream  
    cheese.

Cara-cara membuat Topping Cream Cheese.

#Sebaiknya dedahkan cream cheese pada suhu bilik untuk memudahkan kerja bila nak pukul nanti. 

1. Pukul cream cheese dengan mascarpone sehingga keduanya kembang. Agak-agak dalam 
    5 minit. 

2. Kemudian tambahkan esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sampai sebati.

3. Lastly masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.

#Sekiranya adunan kelihatan cair. Boleh masukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan kerja-kerja menghias.

Cara-cara menghias Topping Cream Cheese.

Kaedah dua lapisan. 

1. Letakkan lapisan di atas menghadap ke bawah.

2. Sapukan cream cheese mengikut citarasa anda. 

3. Letakkan lapisan kedua yang mana bahagian bawah menghadap di atas. Supaya nanti bahagian atas rata tidak membumbung. 

4. Sila tuang dengan penuh kesabaran bila mula menghias bahagian atas. 

5. Dah siap semua. Terus masukkan dalam peti ais.

6. Sebaiknya biarkan semalaman dan boleh dihidangkan serta NGAPPPPPP. hehe