>
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Monday, October 29, 2012

RESEPI | Kek Karamel Pelangi

KEK KARAMEL PELANGI

Bahan-bahan :

GULA HANGUS
 2 @ 4 sudu besar gula kasar
Masak atas api hingga gula mencair dan biarkan seketika.

BAHAGIAN ATAS  ( KARAMEL )
1/2 tin ( 1 cawan ) susu cair 
70 gm gula castor
1/2 tsp esen vanilla
3 kuning telur
kacau hingga sebati dengan perlahan

#tsp- teaspoon

LAPISAN KEK ( A )
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 gm / ml air
1 sudu teh baking powder ( sudu kfc )
50 ml minyak  jagung
Putar kuning telur, air, gula dan minyak hingga kembang
Masukkan tepung yang di campur baking powder. Kacau sehingga sebati.

MERINGUE  ( B )
6 telur putih ( jangan ada  walaupun setitik kuning telur @ setitk air pun ) nanti meringue tak jadik
70 gm gula castor
1 tsp krim of tar tar
Putar hingga adunan menjadi kental dan tak jatuh jika di terbalikkan.

* CAMPURKAN A DAN B DENGAN KAEDAH KAUP BALIK

Cara-cara :
1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi
2. Masukkan adunan kek yang telah di warnakan dan dan diperisa kan ( adunan takkan tenggelam dalam karamel )
3. Panas kan oven selama 10 minit
4. Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ( bakar kaedah steambake untuk mengelakkan karamelnye hangus )
5. 45 minit pertama bakar guna api bawah sahaja dan 15 minit lagi api atas dan bawah
6. Bila kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinya dari loyang.
7. Terbalikkan kek perlahan lahan