>

Monday, November 26, 2012

5 sebab mengapa kucing perlu mencakar

kucing ni ada bermacam-macam ragam. tipu sangat kalau korang tak pernah tengok simanja mencakar sesuatu.
jangan sebat sebat pulak kaki kucing kalau mereka berkelakuan begitu! 

1-Kucing mencakar untuk menajamkan kuku mereka. Kuku merupakan satu aset penting 
untuk kucing mengawal keselamatan diri. Mereka memerlukan kuku yang panjang dan tajam untuk mengawal pergerakan.


2-Kucing mencakar untuk menunjukkan diri mereka kuat. Kucing merupakan haiwan yang "independent", maksudnya. kucing lebih suka bersendirian daripada berkelompok. Dengan adanya kuku yang tajam, ini boleh melemahkan musuh.

3-Mencakar juga pada kucing adalah satu senaman tapak kaki.

4-Mencakar sesuatu kawasan bermaksud- "ini adalah kawasan jajahan saya". sepertimana yang saya sebut tadi- kucing suka bersendirian, maka secara lumrahnya, kucing akan mencari satu tempat yang akan dijadikan jajahan mereka. Ini sering terjadi pada kucing jantan.

5-Mencakar untuk meluahkan rasa marah dan stress.

p/s : sakit pulak hati tengok jiran aku duk halau halau kucing aku. kucing tu takde salah pun, juz nak tumpang lalu je kat rumah kau. apedaaaa. tak rugi 1 sen pon laa.



~

No comments:

Post a Comment