>

Monday, November 19, 2012

Resepi | Bubur Gandum

Assalamualaikum...
haluuuu?
sumber : Incik Google kesayangan :p

yummmy. petang ni aku nak masak bubur gandum. first time nak buat. search punya search, aku nak buat resepi senirik.

Bahan-bahan :
1 cawan gandum
2 Cawan santan
Gula secukup rasa
Sedikit garam
2 helai daun pandan

Cara-caranya :

  1. Rebus gandum hingga kembang (Kalau nak jimat masa , rendam dulu semalaman )
  2. Masukkan santan dan daun pandan.
  3. Masukkan gula dan sedikit garam.
  4. Tunggu hingga mendidih.
  5. Boleh tambah santan jika inginkan kuah yang banyak.

ada banyak cara lain lagi nak menaikkan rasa sedap bubur gandum ni. ada yang guna jagung. and apa yang aku kongsi ni just basic nak buat bubur gandum. selamat mencoba (=