>
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Saturday, November 17, 2012

RESEPI | Roti Jala

Assalamualaikum. ok, harini nak share dengan korang resepi roti jala. resepi aku sendiri je, Alhamdulillah setakat ni sangat menjadi. hehe.

(hidangan untuk 6 orang)

Bahan-bahan untuk roti jala :
4 cawan tepung gandum
4 cawan air / santan / susu segar
1 bji telur
1 sudu minyak masak
sedkit garam
sedikit kunyit / pewarna kuning telur

Cara-cara :
1)campur semua bahan ke dalam mesin pengisar, dan kisar sehingga korang rasa sebati.
2)korang dah boleh start menjala. buat beberapa pusingan. guna pan untuk memudahkan korang menjala ikan roti jala.

see, ikot kreativiti korang sama ada nak gulung atau lipa menjadi bentuk macam pizza tu. HUHU

contoh aku buat, senang buat begini je. :)

#p/s : kalau nak tahu rupa adunan yang dah menjadi, korang cedok sikit dengan senduk, dan tuang semula, kalau adunan tak putus putus, maknanya adunan korang menjadi. buat je sampai jadi. hehe.

ini rupa adunan yang aku buat. tak terlalu terang warnanya. 

OK, next untuk kari. Kari ni pon rekaan aku je, tak kisah nak tiru ke tak. aku tak teror buat kari ala ala mamak. ala ala AFI je reti. ngahahaha.

Bahan-bahan untuk kuah kari :
2 biji Kentang dipotong dadu
dada ayam dipotong dadu.
serbuk kari
daun kari
1 biji bawang merah
1/2 bawang putih
sedikit air
santan

Cara-Caranya :
1) Goreng bawang merah dan bawang putih yang dihiris nipis sehingga naik bau.
2) Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air. masak sehingga pecah minyak dan naik bau.
3) Masukkan  daun kari dan sedikit air.
4) Masukkan pula ayam. Biarkan seketika.
5) Masukkan kentang. Tambah air jika perlu, takot nanti kari hangit.
6) Kalau kentang dah empuk, boleh masukkan santan. kacau dan jangan biarkan santan pecah lemak. sekejap je masak lepas masuk santan. lepastu boleh tutup api.
7) Sedia untuk dihidangkan.


nak buat ni sampai 10 jam (=. OK auta je

tadaaaa, siap dan sedia untuk menamatkan riwayatnya. hahahaha
~