>

Saturday, November 17, 2012

tabiat si Belang

Assalamualaikum.

hari ini, saje je nak share 1 tabiat kucing aku yang seekor ni. agak pelik sebab kucing aku sebelum sebelum ni, lain dari dia. HAHA.

cover comel.

dah jadi kebiasaan la, mak aku akan buka pintu waktu pepagi nak pergi kerja. si belang ni pon sibuk nak masuk ke rumah. dah masuk tu, first dia akan cari, AKU! masuk bilik aku, naik atas katil, duk hidu hidu aku, dah la hidung basah! eiyakkkk. selekeh la kau. (ok, kantoi bangun lambat) bukan apa, dia sengaja nak gerakkan aku. tak tahu apa function, tapi bila dia buat macam tu, aku akan peluk die, then 1 lagi perkara pelik dia buat, mest die nak gerak gerakkan tangan die seakan akan mengurut tangan ku, baru dia akan terlelap lepas buat macam tu. 

#p/s : bangun lambat sebab nothing to do, takdelah lambat sangat. memandangkan cuti sem sekarang ni, aku nak cover balik tidur masa Part 3 dulu, wakakakak.

pada asalnya, aku ingat dia buat macam tu sebab dia nak hilangkan kesakitan kat kaki dia, al maklumlah kakinya pernah patah dilanggar kereta. sampai bengkak jugak lah. lepas dia dilanggar tu la aku perasan akan perubahan dirinya yang seolah olah cuba menyampaikan kasih sayang nya terhadap aku. aku tak tipu. kucing ni sangat memahami perasaan manusia.

nampak kan perbezaan? kaki kirinya yang patah tu, bengkak sangat sangat.

lepas kena langgar tu, langsung tak boleh nak jalan, asal dia mula nak jalan, mesti dia akan rebah semula. sampai ayah amek keputusan untuk kurung dia. takut dia lari ke tempat lain dan tak boleh nak balik. dia asek mengengsot je. banyak kali jugak air mata aku jatuh lepas tengok keadaannya. Allah je tahu perasaan aku masa tu. orang kalau dah sayang kucing, 

boleh kata 24 jam jugak aku akan tengok Si belang. nak tahu perkembangannya dan rutin harian ku memberinya makan, then suapkan ubat. punya lah susah nak makan ubat. babap kang! 
abang aku bawak pergi Vet lepas kejadian tapi doktor cakap tak boleh nak buat apa apa. aku pon berserah. tidak mengetahui keajaiban Allah SWT.


dia dilanggar betul2 depan mata kakak aku, kalau aku la yang tengok, mesti pengsan. aku hanya mampu berdoa Allah memberi keajaiban pada Si belang. Alhamdulillah Si belang boleh berjalan. bukan tu saja. dah melompat macam tak ada aa apa pernah jadi kat dia. sungguh aku bersyukur dengan keajaiban mu Ya Allah . :')